Seorang anggota polis cedera parah selepas dirempuh motosikal ditunggang remaja berusia 16 tahun.
 
Kejadian berlaku ketika anggota berkenaan sedang menjalankan tugas Ops Motosikal dan Samseng Jalanan di Kampung Tas, Baling, Kedah, semalam.
 
Demikian menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat.

Ketika kejadian remaja berkenaan cuba meloloskan diri selepas diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.
 
Namun, dia bertindak agresif selepas melanggar anggota yang sedang bertugas, menyebabkan mangsa, patah kaki.
 
Remaja tersebut, berjaya ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini