Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan mencabul kehormatan remaja perempuan di sebuah premis menjual vape di Taman Keramat, bulan lepas.

Tertuduh berusia 27 tahun itu, di dakwa melakukan perbuatan tersebut pada 1:28 tengah hari, 5 Oktober lepas.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi maksud mencabul kehormatan remaja berkenaan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali serta.

Majistret Nur Maizan Rahim menetapkan 12 Januari 2022 untuk sebutan semula kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini