NADMA memaklumkan pihaknya dan agensi terlibat di negeri-negeri dijangka menghadapi gelombang kedua banjir hujung minggu ini telah bersiap siaga dari pelbagai aspek.

Ia melibatkan 3 negeri di pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Kelantan dan Terengganu diramal mengalami banjir mulai pukul 8 malam ini.

Manakala Pahang dan Johor,  mulai esok.

Ramalan itu dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara,  susulan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi.

Di Kelantan,  kawasan diramal banjir termasuk Gua Musang,  Kuala Krai,  Jeli,  Tanah Merah,  Machang serta Pasir Mas (Rantau Panjang).

Di Terengganu melibatkan Setiu,  Besut,  Hulu Terengganu dan Dungun. 

Daerah di Pahang yang diramal banjir pula adalah Lipis,  Raub,  Maran,  Temerloh,  Jerantut,  Kuantan (Sungai Lembing),  serta Rompin.

Manakala di Johor,  melibatkan Mersing,  Kluang,  Kota Tinggi dan Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini