Angka kematian dalam kejadian kapal kargo karam diperairan timur laut Madagascar, kini 83 orang.
Lima kanak-kanak antara yang maut.

Menurut Agensi Pelabuhan Maritim dan Sungai, Kapal kayu itu membawa penumpang secara haram dengan 130 orang penumpang berada di atas kapal semasa kejadian.

Lubang pada badan kapal dipercayai menyebabkan ia tenggelam.

50 penumpang telah berjaya diselamatkan dan pencarian masih diteruskan.

Kapal itu bertolak dari kampung Antseraka, menuju ke Soanierana-Ivongo, kira-kira 100 kilometer ke selatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini