Angka kematian akibat kemalangan lombong arang batu di bandar Kemerovo, Rusia meningkat kepada 52 orang.

Kementerian Situasi Kecemasan mengesahkan mangsa yang maut termasuk anggota pasukan penyelamat. 

Setakat ini, 239 individu telah dipindahkan dari lombong itu selepas habuk arang batu yang terbakar menyebabkan asap tebal pada kedalaman 250 meter, manakala 45 yang cedera, menerima rawatan di hospital.

Menurut pejabat gabenor Wilayah Kemerovo Oblast, ketika kejadian 285 pekerja berada dalam lombong tersebut.

Wilayah Kemerovo Oblast merupakan antara kawasan perindustrian paling penting di Rusia di barat daya Siberia, dengan beberapa deposit arang batu terbesar di dunia.

Pejabat pendakwa raya Wilayah Kemerovo Oblast sudah memulakan siasatan ke atas kemalangan itu.

Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan berharap mereka yang masih terperangkap segera diselamatkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini