Angka migran antarabangsa di seluruh dunia meningkat lebih tiga kali ganda kepada 281 juta pada 2020 berbanding 84 juta pada 1970.

Laporan Migrasi Dunia 2022 oleh Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) mendedahkan, jumlah pendatang antarabangsa boleh meningkat dua juta tahun lepas jika pandemik COVID-19 tidak meletus.

Menurut laporan itu, bilangan migran antarabangsa meningkat daripada 84 juta pada 1970 kepada 281 juta pada 2020.

Bagaimanapun, mengambil kira pertumbuhan populasi global, bilangan itu hanya meningkat daripada 2.3 peratus kepada 3.6 peratus daripada jumlah penduduk dunia.

Sementara itu, Ketua Pengarah IOM, Antonio Vitorino berkata, dunia menyaksikan paradoks yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam sejarah manusia.

Ia berlaku ketika berbilion-bilion orang terpaksa berkurung di rumah disebabkan COVID-19 dan dalam masa berpuluh juta yang lain kehilangan tempat tinggal di dalam negara mereka sendiri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini