Pekerja kedai perabot parah selepas premis di Jalan Kampung Pasir, Ampang Jaya, Selangor dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.15-minit petang.

Mangsa berusia lingkungan 20-an dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Manakala suspek berusia 36 tahun cedera ringgan dan telah diserahkan kepada polis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini