Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) memeterai perjanjian persefahaman, MoU dengan Indian Farmers Fertiliser Co-operative Limited (IFFCO).

Menerusinya, koperasi dalam bidang berasaskan agro makanan di Malaysia berpeluang meneroka potensi baja nano yang bersifat mesra alam serta berupaya meningkatkan hasil tanaman.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar berkata kerjasama tersebut antara langkah pengantarabangsaan koperasi melibatkan bidang berimpak tinggi.

Ia sejajar Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 selain menyokong Dasar Agromakanan Negara 2021-2030.

MoU tersebut salah satu agenda lawatan kerja rasmi Tan Sri Noh Omar yang mengetuai delegasi koperasi Malaysia ke perhimpunan agung Ikatan Koperasi Antarabangsa, ICA di Seville, Sepanyol.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini