Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengeluarkan sebanyak 30 juta ekor ayam daging setahun menerusi koperasi di bawahnya di seluruh negara dalam masa terdekat.
 
Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, perkara berkenaan telah disepakati menerusi peranan dan kerjasama antara Angkasa dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Kaki Tangan Majlis Daerah Jerantut (Komada) Kali Ketujuh di Dewan Majlis Daerah Jerantut, Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini