Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, ANGKASA menyasarkan untuk mewujudkan 100 koperasi yang menjalankan penternakan ayam di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berharap sekurang-kurangnya 100 reban dapat didirikan dengan setiap satunya mampu menampung kapasiti 50,000 ekor ayam sekali gus menyumbang pengeluaran kira-kira 30 juta ekor setahun.

Usaha itu dapat meningkatkan keterlibatan gerakan koperasi dalam bidang agromakanan dan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat sektor itu menyumbang 100 bilion ringgit kepada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) pada 2030.

Selain daripada Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, ANGKASA turut mewujudkan lapan sektor pembangunan dan perniagaan yang lain bagi mencukupi keperluan rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini