Wang Yaping menjadi angkasawan wanita China pertama yang berjaya berjalan di angkasa lepas. Beliau merupakan tiga angkasawan yang berjaya menyelesaikan misi selama enam jam di luar Stesen Angkasa Tiangong.

Tiangong yang bermaksud ‘istana syurga’ adalah tanda aras terkini dalam usaha China untuk muncul sebagai kuasa angkasa baharu yang utama. Stesen angkasa itu dijangka beroperasi menjelang tahun hadapan dan beroperasi sekurang-kurangnya 10 tahun.

Ketiga-tiga angkasawan itu adalah kumpulan kedua yang tinggal di stesen terbabit, dengan Yaping adalah wanita pertama yang turut serta.

Operasi semalam diadakan hanya beberapa minggu selepas Yaping, Zhai dan Ye Guangfu berlepas dari pusat pelancaran Jiuquan di gurun Gobi, barat laut China. Mereka dijangka berada di Stesen Angkasa Tiangong selama enam bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini