Skuad angkat berat kebangsaan terus menyinar dengan giliran Muhamma

Skuad angkat berat kebangsaan terus menyinar dengan giliran Muhammad Erry Hidayat merangkul pingat perak pada Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel 2022 yang berlangsung di Taskent, Uzbekistan, malam tadi.

Bersaing dalam kategori 73 kilogram, Muhammad Erry melakukan angkatan 136kg bagi acara ‘snatch’ dan 165kg untuk ‘clean and jerk’, dengan keseluruhan angkatan seberat 301kg.

Kejohanan yang bersekali dengan Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021 itu turut menyaksikan atlet berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur itu berada di tempat ke-12.

Terdahulu, dua badang negara, Muhamad Aznil Bidin meraih emas kategori 61kg serta Mohamad Aniq Kasdan dalam kategori 55kg, sekaligus layak secara automatik ke Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Kejohanan yang bermula pada 7 Disember itu akan berakhir pada 17 Disember.

d Erry Hidayat merangkul pingat perak pada Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel 2022 yang berlangsung di Taskent, Uzbekistan, malam tadi.

Bersaing dalam kategori 73 kilogram, Muhammad Erry melakukan angkatan 136kg bagi acara ‘snatch’ dan 165kg untuk ‘clean and jerk’, dengan keseluruhan angkatan seberat 301kg.

Kejohanan yang bersekali dengan Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021 itu turut menyaksikan atlet berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur itu berada di tempat ke-12.

Terdahulu, dua badang negara, Muhamad Aznil Bidin meraih emas kategori 61kg serta Mohamad Aniq Kasdan dalam kategori 55kg, sekaligus layak secara automatik ke Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Kejohanan yang bermula pada 7 Disember itu akan berakhir pada 17 Disember.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini