Angkatan Pertahanan Awam Terengganu menasihati orang ramai supaya tidak berkunjung ke pantai terutamanya pada waktu malam.

Ia berikutan ombak kuat dan angin kencang yang mampu mengancam keselamatan.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel (Pertahanan Awam) Mohd Rosman Abdullah berkata, ombak besar dengan angin kencang mampu menyebabkan air laut melimpah ke jalan raya.

Limpahan air laut juga mungkin berlaku di beberapa kawasan pantai peranginan termasuk Pantai Seberang Takir, Pantai Batu Buruk dan Pantai Kelulut, di Marang.

Justeru beliau juga berharap penduduk yang tinggal berhampiran pantai dan sungai agar lebih berhati-hati dengan keadaan semasa. Fenomena air pasang besar dijangka melanda Terengganu sebanyak empat kali pada November dan pihaknya telah melakukan persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini