Sedih….Itu ungkapan boleh diluahkan, apabila seekor anjing masih setia berada di tepi keranda tuannya di Lima, Peru BARU-BARU INI.
Menerusi satu video yang tular di media sosial, haiwan berkenaan seolah-olah mampu merasakan kesedihan, kehilangan tuannya itu.
Dalam upacara pengebumian, anjing tersebut dilihat turut mencengkam keranda menggunakan kuku, sebelum seorang wanita dilihat cuba memujuk untuk mengalihkan haiwan terbabit ke tempat lain.Ia secara tidak langsung menimbulkan rasa sayu dalam kalangan orang ramai yang menyifatkan anjing tersebut terlalu setia kepada tuannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini