Seorang lelaki warga emas yang ditemui tinggal bersendirian di kawasan hutan berhampiran Salak Selatan sebelum ini menjadi antara penerima sumbangan ‘Bakul Keluarga Malaysia Rumah Prihatin’.
Bantuan diberi sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Sumbangan disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa merangkap Pengasas Rumah Prihatin di kediaman Leong Choong Keong di PPR Salak Selatan.
Dia yang berusia 66 tahun atau lebih mesra disapa sebagai Uncle Leong ditemui tinggal dalam situasi menyedihkan di sebuah pondok usang oleh aktivis sosial tahun lalu.
Dia dibantu Tan Sri Annuar yang pada ketika itu menjawat portfolio Menteri Wilayah untuk mendiami sebuah rumah di PPR Salak Selatan sehingga kini.