Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa tiba di Kuching, untuk lawatan kerja rasmi, TIGA hari di Sarawak.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, K-I-A pada pukul 8.23 malam tadi disambut Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid, Pengarah Penyiaran Sarawak Abdull Hadi Mohd Yusoff dan Pengarah Penerangan Negeri, Suwady Guliling serta beberapa wakil agensi dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 

Esok, beliau dijadual menghadiri BEBERAPA program ANTARANYA, “Kitak Pandei Belagu” di Stakan Kota Samarahan diikuti Kembara Connectivity di Kampung Gedong dan Lawatan ke PEDi Kampung Gedong Simunjan SERTA Program Komuniti Keluarga Malaysia SW@JaPen, Unifi Disitok selain menyerahkan watikah Penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia DUN Gedong di Anjung Usahawan Gedong Simunjan.
 
Sementara itu, dalam pengisian program tersebut, beliau juga akan menghadiri Ramah Mesra Bersama Komuniti Keluarga Sarawak di Auditorium Kecil RTM Kuching pada sebelah malam.
 
Pada Isnin sebelum pulang ke Kuala Lumpur, Tan Sri Annuar akan melawat ke PEDi Sri Wangi di Matang Kuching.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini