Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menzahirkan penghargaan kepada semua petugas media serta individu yang terlibat dalam penghasilan berita atas khidmat mereka dalam menyebarkan maklumat tepat semasa negara dilanda pandemik COVID-19.

Menyifatkan pengamal media sebagai ‘petugas barisan hadapan yang tidak didendang,’ beliau berkata Malaysia kini menuju ke arah fasa endemik dan pihak media diperlukan untuk memainkan peranannya dalam menyampaikan maklumat yang sahih kepada orang ramai.

Beliau menzahirkan penghargaan itu ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-50 Kumpulan Media Star (SMG) di Kuala Lumpur, malam ini. Annuar juga berkata tidak syak lagi, media sememangnya memainkan antara peranan terpenting dalam pembinaan negara.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Pengerusi SMG Tan Sri Chor Chee Heung dan Pengarah SMG Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini