Bekas Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abbas antara penulis yang menyumbangkan sajak dalam Antologi Puisi Sejak Kau Datang COVID-19.

Ia turut menghimpunkan penulis dari beberapa buah negara ASEAN seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Presiden Karyawan Pulau Pinang, Datuk Dr Sohaimi Abdul Aziz berkata, naskhah itu memberi ruang penulis meluahkan perasaan daripada pelbagai sisi termasuk sejarah, perkembangan dan sikap manusia terhadap COVID-19. Diterbitkan Persatuan Karyawan Pulau Pinang , naskhah 95 muka surat itu memuatkan 61 puisi merangkumi sajak, pantun, syair dan gurindam yang menterjemahkan kebencian terhadap COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini