Perkembangan Liga Perdana Inggeris.

Kekosongan yang ditinggalkan Nuno Espirito Santo selepas dipecat semalam akan diisi tidak lama lagi.

Menurut laporan, pengendali kelahiran Itali, Antonio Conte telah bersetuju untuk dilantik sebagai pengurus baharu Tottenham Hotspur.

Perkara itu akan diumumkan Spurs dalam masa terdekat.

Difahamkan, Conte secara dasarnya telah bersetuju dengan tawaran kontrak selama 18 bulan selepas berbincang dengan pemilik Spurs, Daniel Levy.

Pengendali berusia 52 tahun itu turut dijanjikan dengan dana pembelian pemain yang besar.

Sebelum ini Conte telah memenangi gelaran Serie A bersama Inter Milan pada Mei lalu dan kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea pada 2017.

Dia meninggalkan Chelsea pada 2018 untuk membimbing Inter selama 3 musim sejak 2019.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini