Pencapaian penyerang bola sepak kebangsaan Perancis, Kylian Mbappe diiktiraf dalam majlis Anugerah Dubai Globe Soccer di Emiriah Arab Bersatu-UAE malam tadi.

Bintang Paris St Germain itu meraih meraih penghormatan utama apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan.

Mbappe, 23 tahun menwaskan nama-nama besar seperti , Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Mohamed Salah, Karim Benzema dan Robert Lewandowski.

Sementara itu, penyerang Bayern Mhnich, Robert Lewandowski tidak pulang tangan kosong.

Dia membawa pulang Anugerah Diego Maradona sebagai penjaring terbaik sepanjang tahun apabila mencetak 69 gol pada 2021.

Antara anugerah lain yang disampaikan adalah Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman yang menjadi milik Cristiano ROnaldo.

Juara Euro 2020, Itali pula menerima anugerah Pasukan Lelaki Terbaik Tahunan dengan Roberto Mancini dipilih sebagai Jurulatih Lelaki Terbaik.

Manakala dua pemain Itali, Leonardo Bonucci dan Gianluigi Donnarumma masing-masing dinobatkan pemain pertahan dan penjaga gol terbaik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini