Acara Anugerah Grammy ke-64 tahun ini yang sebelum ini ditangguh susulan penularan varian Omicron COVID-19 dijadual berlangsung 3 April ini.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Rakaman Harvey Mason, majlis penganugerahan paling berprestij untuk penggiat muzik itu dijadual berlangsung di Grand Garden Arena, Las Vegas.

Majlis yang dijadual selama 3 setengah jam itu akan disiarkan secara langsung di rangkaian CBS .

Acara akan dihoskan oleh Pelawak, Trevor Noah, dari The Daily Show.

Anugerah berkenaan  sebelum ini dijadual diadakan di pusat bandar Los Angeles dan disiarkan secara langsung di rangkaian CBS pada 31 Januari.


Anugerah Grammy tahun lalu juga ditangguhkan kerana pandemik COVID-19. Ia pada mulanya dirancang diadakan pada Januari namun hanya berlangsung pada Mac.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini