Hasil kerja berpasukan yang diamalkan bersama oleh petugas berita RTM Kedah, membolehkan mereka merangkul Anugerah Media PERKESO yang diadakan sempena Sambutan Jubli Emas PERKESO baru-baru ini.

RTM Kedah merangkul Anugerah Videografik Terbaik yang dihasilkan Jurukamera Mohd Abdul Hadi Abdul Kadir.

Majlis yang  diadakan di ibu negara ini menyaksikan 9 kategori anugerah dipertaruhkan termasuk media elektronik, cetak dan digital bagi maklumat berkaitan Perkeso yang disiarkan bagi tempoh  Jun hingga Oktober tahun ini. 

Abdul Hadi menerima wang tunai RM2,000 piala dan sijil penyertaan yang disampaikan.

Videografi tersebut dihasilkan menerusi liputan berita “Caruman SKSPS Perkeso, Sebulan Sebelum kemalangan”,  yang dihasilkan oleh wartawan Norhidayah Anuar.

Ia bagi meningkatkan kesedaran awam mengenaipelbagai usaha dan inisiatif PERKESO dalam memberi  pelindungan keselamatan sosial kepada Keluarga Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini