Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Geran Anugerah Merdeka bagi Penempatan Antarabangsa 2021 kepada lima orang penyelidik terpilih.

Mereka terdiri daripada Dr Wan Nor Fitri Wan Jaafar dan Dr Aini Hasanah Abd Mutalib yang menerima geran di bawah kategori Alam Sekitar.

Manakala Ir Dr Freddy Tan Kheng Suan, Jessica Ooi Sui Ying dan Prof Madya Dr Nur Adlyka Ainul Annuar bagi kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi.

Turut disampaikan Anugerah Merdeka 2020 kepada empat penerima antaranya Majlis Kanser Nasional (Makna), South-East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP), pakar fizik, Prof Dr Ng Kwan Hoong dan Pengasas The Lost Food Project, Suzanne Mooney.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini