“Saya tidak terlibat dalam penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri baru-baru ini”…kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tegasnya, dakwaan berkenaan penyebaran video itu didalangi kem beliau serta Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam matlamat untuk memecah belahkan parti adalah tidak berasas sama sekali. Beliau tidak mengalami sebarang masalah bagi isu yang dikaitkan dengan dirinya ini malah mendapat sokongan dan dukungan setiap parti termasuk DAP, AMANAH dan BERSATU. Anggota tentera tidak layak menyarung uniform pasukan sekiranya terbabit dengan perbuatan tidak bermoral. Demikian kenyataan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi. Beliau mengulas laporan berhubung seorang lelaki yang melakukan aksi lucah dengan memakai seragam tentera yang tersebar di media sosial baru-baru ini. Pihaknya akan mengambil tindakan jika perkara itu benar dan mana-mana anggota yang melakukan aksi itu tidak layak untuk memakai uniform pasukan ATM. Video berdurasi lebih empat minit dikesan dihantar dalam kumpulan WhatsApp pesara tentera sebelum laporan polis dibuat di Seberang Perai Utara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini