Usahawan digalak menggunakan platform e-dagang yang diselia MEDAC bagi meringankan kos yang ditanggung mereka.

Menterinya,Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya akan menggabungkan kesemua aplikasi e-dagang tersebut yang bakal dikenali sebagai “MEDAC MALL”.

Sehingga kini,terdapat tiga platform utama e-dagang di bawah MEDAC iaitu Warungku,Orderlah dan PYBLI.

Caj perkhidmatan yang akan dikenakan hanya pada kadar 20 peratus  sahaja.

Pra-pelancaran aplikasi “MEDAC MALL” dijangka diadakan bulan hadapan.

Beliau  berkata demikian ketika menghadiri majlis Apresiasi MEDAC 2021 di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini