Aplikasi mudah alih , Hyred diperkenal bagi membuka peluang kepada majikan dan pekerja mencari serta menawarkan pekerjaan sambilan, selain membantu meningkatkan kemahiran pekerja. Sehingga kini, 21 ribu pengguna telah memanfaatkan aplikasi yang dilancar pada Disember tahun lalu. Daripada jumlah itu, 90 peratus adalah belia berumur 30 tahun ke bawah yang aktif mencari pekerjaan termasuk penuntut universiti. Ketua Pegawai Eksekutif Get Hyred, A. Muthalib Zulkarnain berkata, majikan boleh menjimatkan kos sehingga 80 peratus dan membantu menyelesaikan kadar pusing ganti (turnover) pekerja sambilan dan kebergantungan kepada pekerja asing. Beliau ditemui pemberita selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini