Aplikasi MySejahtera ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baharu bagi memudahkan pengguna memaparkan status kesihatan mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam Twitternya berkata pasukan yang dipertanggungjawabkan memulakan proses penambahbaikan bagi memudahkan orang ramai memaparkan tahap risiko dan status vaksinasi masing-masing.

Satu ciri terbaharu dalam aplikasi MySejahtera ialah butang daftar keluar yang ditambah bagi menambah baik proses pengesanan kontak.

Sebaik sahaja meninggalkan satu tempat, pengguna perlu sentiasa ingat untuk daftar keluar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini