Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini boleh mendapatkan informasi terkini mengenai caruman mereka di aplikasi mudah alih ‘PRIHATIN PERKESO’.

Ia meliputi caruman bagi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 SERTA Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

Aplikasi itu juga boleh digunakan bagi membuat permohonan Sistem Insurans Pekerja (Prihatin 2.0) atau Elaun Mencari Pekerjaan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi.

PRIHATIN PERKESO kini boleh dimuat turun secara percuma melalui Apps Store atau Google Play.

Majlis pelancaran aplikasi itu disempurnakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini