Dua pesakit Covid-19 yang terkandas di Felda Chiku 7, Gua Musang akibat banjir diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Mangsa sebelum itu tidak dapat dibawa ke hospital selepas jalan ditenggelami air.

Pegawai APM daerah Gua Musang, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata panggilan diterima daripada petugas kesihatan 11 pagi tadi. Mereka memaklumkan tidak dapat membawa pesakit ke Hospital Gua Musang selepas jalan terputus hubungan.

Empat anggota bersama jentera dhantar ke lokasi. Anggota yang mengendalikan bot mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) sebagai langkah berjaga-jaga. Mangsa berjaya dibawa ke hospital sejam kemudian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini