Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Bintulu, Sarawak berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan terutama semasa musim Monsun Timur Laut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bintulu, Leftenan Raidah Jomi memberitahu, dengan kekuatan 60 anggota dan aset sedia ada, APM bersedia untuk melakukan tugasan pemantauan dan penyelamatan di Bintulu, Tatau dan Sebauh.

Langkah pemeriksaan peralatan dan latihan awal juga dibuat bagi memastikan tidak berlakunya masalah semasa operasi menyelamat dilakukan.

Beliau berharap orang ramai khususnya yang berdepan dengan musibah banjir di Bintulu supaya berhubung dengan Bilik Gerakan Pertahanan Awam Bintulu di talian 086-318233

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini