Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis yang melakukan pemantauan pagi tadi mendapati, tiada kenaikan luar biasa paras air di Pulau Ketam, Kampung Seberang Tok Pi, Pekan Kuala Perlis dan Kampung Seberang Ramai.
 
Menurut Pegawai Operasi APM Negeri, Kapten Pertahanan Awam  Mohd Ruhaizul Md Isa @ Mansor, keadaan masih terkawal berikutan cuaca yang baik dan tiada hujan sekitar kawasan berkenaan.

Hasik pemantauan di pesisir pantai Kuala Perlis, paras air dicatat di bawah paras ramalan iaitu 3.6 meter.
 
Walau bagamanapun, tiga pasukan pemantauan dari APM Kuala Perlis,Arau dan Kangar digerakkan ke semua lokasi yang dikenalpasti kerap terjejas fenomena itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini