Seorang tekong warga Thailand berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Kuala Kedah. Mangsa terkandas di situ akibat tercedera di kaki semasa melepaskan tali yang terbelit pada kipas enjin.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, mangsa diselamatkan Maritime Rescue Sub Centre MRSC Langkawi. Dia dikesan pada kedudukan enam batu nautika dari muara Kuala Kedah. Sebaik diselamatkan, lelaki berkenaan dibawa ke jeti berhampiran untuk rawatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini