Dua buah kapal bersauh tanpa kebenaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM Johor di perairan Johor Timur, semalam. Kapal pertama ditahan 12 tengahari di Tanjung Siang manakala kapal kedua pukul 2 petang di Tanjung Balau.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal pertama dikendalikan lima kru warga asing didaftarkan di Panama manakala kapal kedua bersama 20 kru warga asing dari Cyprus.

Semua kru berusia 20 hingga 49 tahun. Hasil pemeriksaan, keduda-dua kapal gagal memberikan dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini