Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor menerima tujuh buah bot jenis Rigid Hull Fender Boat (RHFB) kelas PERKASA bernilai lebih RM10 juta hari ini.

Tiga buah bot diberi kepada Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, dua buah bot kepada Zon Maritim Tanjung Sedili, Kota Tinggi dan dua buah bot lagi kepada Zon Maritim Mersing.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, keutamaan agihan kepada Maritim Negeri yang terdedah kepada ancaman jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan migran dan dadah.

Bot PERKASA tersebut mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 48 knot sekali gus mencapai piawaian rekabentuk diperlukan dan menjadi aset terbaik pernah dimiliki APMM.

27 daripada 30 buah bot telah diagihkan kepada beberapa Maritim Negeri Semenanjung Malaysia, manakala baki tiga buah bot dijangka diterima Ogos depan.

Nilai keseluruhan peruntukan aset baharu tersebut adalah RM46.5 juta.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan RHFB kelas PERKASA di Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini