41 set peralatan menangkap ikan atau bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di 1.2 batu nautika barat laut Pulau Rebak Besar, Langkawi petang kelmarin Maritim Rozali Mohd Said berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan penggunaan bubu naga di sekitar kawasan perairan Pulau Rebak Besar pada jam 2.30 petang.
Sejurus itu, sebuah bot peronda Maritim Malaysia diarahkan ke lokasi dan merampas peralatan berkenaan. Kesemua bubu tersebut dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut untuk disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.
Utama Edisi Semasa