30 bungkusan dadah jenis Syabu seberat 49 kilogram dengan nilai hampir dua juta ringgit dirampas Agensi Pengutkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Batu Pahat dalam serbuan di Jeti Nelayan Parit Jawa, Muar.
 
Turut ditangkap dua nelayan tempatan berusia 45 dan 48 tahun.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, serbuan dilakukan ketika kedua-dua suspek masuk jeti berkenaan.

Selain dadah, turut dirampas dua bot nelayan, enjin, telefon dan sejumlah wang tunai.

Kes disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini