Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia , Zon Maritim Kuala Perlis menahan sebuah bot nelayan kelas A di kedudukan 3.24 batu nautika barat Kuala Perlis sekitar jam 12.50 tengah malam tadi.
 
Bot berkenaan disyaki menjalankan aktiviti perikanan menggunakan peralatan dilarang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing memaklumkan, bot tersebut dikendalikan tiga kru termasuk tekong yang kesemuanya warga tempatan berumur lingkungan 16 hingga 45 tahun.
 
APMM turut merampas satu set sangkar besi berupa tangguk siput dianggarkan bernilai 2 ribu ringgit dan hasil laut jenis siput retak seribu seberat 300 kilogram bernilai RM600.
 
Kes disiasat di bawah  Akta  Perikanan 1985 kerana mengendali atau membenar dikendalikan, apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut tanpa suatu lesen berkenaan dengannya.
 
Aktiviti penangkapan siput di perairan Kuala Perlis merupakan satu kesalahan kerana Jabatan Perikanan Negeri Perlis tidak mengeluarkan sebarang lesen bagi aktiviti penangkapan siput

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini