Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor menahan sebuah bot
tunda dari Singapura semalam kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan negara ini.

Bot itu dikesan di kedudukan 5.5 batu nautika timur Tanjung Penawar, Kota Tinggi pada pukul 8:45 pagi semalam.

Pengarah MARITIM Johor, Laksamana Pertama MARITIM Nurul Hizam Zakaria
memaklumkan, bot itu dikendalikan enam kru warga Indonesia, berumur 20 hingga 50 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati nakhoda bot gagal mengemukakan sebarang
dokumen kebenaran bersauh, serta insurans wajib.
 
Nakhoda, serta Ketua Jurutera bot dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siastan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 491 B (1) (L) dan Seksyen 361 (6) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini