Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Maritim Terengganu telah melaksanakan misi membantu membawa keluar seorang pesakit epilepsi menggunakan Kapal Maritim REDANG KM REDANG dari Pulau Redang ke Kuala Terengganu.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bantuan melalui operasi pemindahan perubatan Medevac itu dilakukan selepas pihaknya dihubungi Maritime Rescue Sub Centre Kuantan bagi melaksanakan bantuan tersebut.

Susulan itu, KM REDANG yang beroperasi di sekitar perairan Pulau Redang telah menghala ke lokasi bagi melaksanakan khidmat Medevac itu.

KM Redang tiba di lokasi sekitar 4.00 petang semalam dan terus memindahkan pesakit tersebut untuk dibawa ke Hosital Sultanah Nur Zahirah dengan mengambil masa kira-kira dua jam.

Mangsa, warga tempatan lingkungan umur 78 tahun, dibawa ke hospital bagi mendapatkan bantuan perubatan dan tindakan susulan.

Maritim Terengganu meminta orang awam  melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau 

Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 09 6224357.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini