Arab Saudi telah memansuhkan had umur bagi pelawat dan jemaah untuk memasuki Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata, pelawat dan jemaah hanya perlu mempunyai status imun dalam aplikasi Tawakalna dan permit sah melalui aplikasi Eatmarna.

Sebelum ini, hanya pelawat dan jemaah haji berumur tujuh tahun ke atas dan telah diberi vaksin sepenuhnya dibenarkan masuk ke kedua-dua masjid tersebut.

Kementerian itu juga dijangka melonggarkan SOP dan langkah-langkah pencegahan lain seperti penjarakan sosial dan fizikal ketika kes COVID-19 di negara itu terus mencatatkan penurunan yang ketara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini