Sementara itu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sudah mengambil beberapa langkah dalam memastikan jemaah haji Qatar dapat masuk ke negara itu pada musim haji kali ini.Antaranya, menyediakan beberapa portal elektronik khusus buat warga Qatar sahaja.Ia susulan ada sumber memberitahu Qatar telah melarang rakyatnya daripada memasuki Mekah.Larangan itu tindak balas Qatar terhadap aduan bahawa Arab Saudi sebelum ini dengan sengaja telah menyukarkan kemasukan Jemaah haji dari Qatar.Qatar juga mendakwa kerajaan Arab Saudi cuba mempolitikkan musim haji.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini