Arab Saudi memanggil pulang dutanya ke Lubnan dan mengarahkan duta Lubnan meninggalkan negara itu dalam masa 48 jam.

Negara itu turut mengharamkan import barangan dari Lubnan sehingga diberitahu kelak.

Tindakan tegas Arab Saudi itu berikutan Menteri Penerangan Lubnan, George Kurdahi mengkritik perang Yaman menentang pemberontak Houthi yang diketuai negara Arab itu.

Kurdahi mengulas mengenai Houthi yang didakwanya turut mempertahankan diri mereka seperti Hezbollah selain memberi pandangan peribadi bahawa perang berkenaan perlu ditamatkan.

Kurdahi membuat kenyataan itu dalam temu bual TV yang direkod lebih awal sebelum beliau memegang jawatan itu dalam Kabinet baharu Lubnan.

Mengulas kontroversi tersebut, Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menjelaskan, kenyataan Kurdahi dibuat sebelum menjadi Menteri Penerangan dan bukannya pandangan mewakili kerajaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini