Arab Saudi mengenakan larangan masuk ke Mekah  bagi ekspatriat tanpa permit berkuat kuasa semalam.

Berdasarkan arahan itu, hanya ekspatriat yang mendapat permit masuk ke Makkah  dibenarkan masuk ke kota suci itu mulai Khamis, 25 Syawal bersamaan 26 Mei 2022.


Jurucakap Keselamatan Awam Jeneral, Sami Al-Shuwairekh berkata, larangan itu selaras dengan pelaksanaan arahan berhubung kawal selia ibadah haji tahun ini.

Ekspatriat boleh mendapatkan permit daripada pusat kawalan keselamatan di pintu masuk ke Makkah.

Susulan larangan itu, semua kenderaan dan penduduk yang tidak mempunyai dokumen diperlukan,  akan diarah berpatah balik.

Dokumen termasuk permit masuk untuk bekerja di tapak suci yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa , permit kediaman yang dikeluarkan dari Makkah, permit umrah dan haji.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini