Arab Saudi melancarkan satu inisiatif yang membolehkan jemaah menyentuh Hajar Aswad secara maya.

Inisiatif ‘Virtual Black Stone’,Virtual Hajar Aswad yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Jabatan Tapak Suci Islam itu, membolehkan batu hitam tersebut disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya atau VR.

Menerusi akaun rasmi Twitter Penjaga Ehwal Dua Masjid Suci, inisiatif tersebut dilancarkan  Agensi Hal Ehwal Pameran dan Muzium dengan kerjasama Institusi Penjaga Dua Masjid Suci bagi Kajian Haji dan Umrah di Universiti Umm Al-Qura.

Pelancarannya disempurnakan Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais.

Al-Sudais berharap inisiatif tersebut dapat memanfaatkan realiti maya dan pengalaman digital untuk mewujudkan simulasi keadaan sebenar.

Beliau juga menekankan pentingnya untuk mewujudkan suasana alam maya untuk merangsang sebanyak mungkin deria seperti daya penglihatan, pendengaran, sentuhan dan suasana di sekeliling.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini