Arab Saudi menarik balik semua langkah pencegahan yang dikenakan bagi membendung penularan wabak COVID-19, termasuk keperluan memakai pelitup muka di tempat tertutup.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, keputusan untuk melonggarkan langkah sekatan itu adalah berdasarkan perkembangan situasi epidemiologi COVID-19 di negara itu dan program vaksinasi yang berkesan di seluruh negara.

Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah serta tempat lain yang memerlukan langkah perlindungan.

Pada Mac, Arab Saudi melonggarkan langkah pencegahan COVID-19, tetapi mewajibkan pemakaian pelitup muka di dua masjid suci itu dan dewan tertutup.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini