Arab Saudi memansuhkan peraturan mewajibkan jemaah membuat tempahan dan  menunggu 14 hari untuk menunaikan ibadah umrah.

Peraturan ditamatkan susulan pertambahan permohonan jemaah untuk menunaikan umrah.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, sejak peraturan itu dimansuhkan, kapasiti jemaah beribadah di Masjidil Haram semakin bertambah.

Kementeria berharap pemansuhan  peraturan akan memberi peluang yang adil kepada semua untuk beribadah.

16 Oktober lalu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan kelonggaran peraturan masuk ke negara itu termasuk untuk beribadah ke Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Peraturan bersolat dengan penjarakan satu meter antara jemaah juga ditamatkan di Masjidil Haram dan Masjdi Nabawi.

Bagaimanapun, jemaah tetap diwajibkan memakai pelitup muka dan membuat tempahan mengerjakan umrah serta bersolat menerusi aplikai Tawakkalna dan Eatmarna

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini