Berita mengenai ibadah umrah hanya untuk jemaah berusia antara 18 hingga 50 tahun tidak benar.

Setakat ini, kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan sebarang arahan berhubung perkara itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS), Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, pihaknya sudah berhubung dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang menafikan dakwaan tersebut.

Terdahulu,  satu laporan agensi berita asing dalam talian mendakwa Arab Saudi mengehadkan permit bagi umrah untuk jemaah warga asing kepada golongan berusia antara 18 hingga 50 tahun sahaja.

Justeru, berita tidak sahih itu mencetuskan kebimbangan rata-rata jemaah yang berusia 50 tahun ke atas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini