Selepas umum kelonggaran prosedur operasi standard  COVID-19, Kementerian Dalam Negeri  Arab Saudi memperincikan definisi tempat awam yang dibenarkan masuk dengan dan tanpa pelitup muka.

Agensi Berita Saudi melaporkan  individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam terbuka seperti di taman dan dataran awam .

Walaubagaimanapun, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan dan masih tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal di  tempat awam yang berdinding dan tertutup, walaupun dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh.

Orang ramai yang telah menerima dos kedua vaksin COVID-19,  juga digesa mengambil dos penggalak selepas enam bulan, untuk mencapai imuniti kelompok.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi juga ulangi amaran  denda 10 ribu Riyal bagi pengunjung yang mengerjakan umrah tanpa permit sah dan satu ribu Riyal  bagi yang memasuki perkarangan Masjidil Haram tanpa permit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini