Inisiatif terjemahan langsung Khutbah Hari Arafah dari Mekah, Arab Saudi ke 10 bahasa termasuk Bahasa Melayu, akan diteruskan pada musim haji kali ini.

Inisiatif ini membolehkan jemaah haji serta umat Islam di seluruh dunia yang mendapat akses secara langsung memahami kandungan teks khutbah.

Ketua Pengarah Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais berkata, Khutbah musim haji 1443 Hijriah beserta terjemahan langsung akan disiarkan dalam bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Urdu, Farsi, Perancis, Cina, Turkiye, Rusia, Hausa dan Bengali.

Khutbah Arafah akan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen dan radio tempatan selain tiga aplikasi pintar (Arafat, Haramain dan Manaret Haramain) serta portal jabatan berkenaan.

Inisiatif terjemahan Khutbah Arafah telah dimulakan sekitar tahun 2018 dengan hanya lima bahasa: Inggeris, Perancis, Farsi, Bahasa Melayu dan Urdu.

Pada tahun kedua pelaksanaannya, bahasa Cina ditambah. Tahun 2021, sebanyak empat lagi bahasa dimasukkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini