Bermula Selasa minggu depan,  vaksinasi dilengkapi dos penggalak dan status vaksin imun pada aplikasi Tawakkalna diperlukan buat orang ramai di Arab Saudi menggunakan kenderaan darat, laut atau kereta api.

Lapor Arab News, perkara itu diumumkan Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam negara itu.
Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kumpulan yang diberikan kelonggaran tidak perlu mendapatkan vaksin.

Keputusan itu meliputi penggunaan kereta api, teksi, kereta sewa, bas penumpang untuk keluar atau masuk ke bandar serta feri antara pulau Jazan dan Farasan.

Ia juga terpakai untuk kemasukan ke ibu pejabat dan cawangan Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam, pusat perkhidmatan perniagaan, serta stesen pengangkutan.

Peraturan baharu itu dilaksanakan bagi memberi jaminan persekitaran selamat selaras dengan saranan pihak berkuasa kesihatan mengenai pengambilan dos penggalak

Pihak Berkuasa Am Pengangkutan menegaskan, semua kemudahan berlesen akan menggunakan semua langkah pencegahan diluluskan oleh pihak berkuasa berkaitan dan diterbitkan pada laman web Pihak Berkuasa Kesihatan Awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini